5 titis minyak esential lavender yang dicampur ke dalam air sejuk atau panas,dapat menjadi cecair yang boleh membantu mengatasi masalah migrain.Tekapkan cecair tersebut pada bahagian leher dan kepala selama 10 minit,maka migrain akan beransur-ansur berkurangan.
Setiap kali kita bergerak, maka tubuh akan menghasilkan endorfin,sejenis hormon yang berfungsi untuk meredakan rasa sakit secara semula jadi.Ketika diserang migrain,cuba kamu berjalan kaki selama setengah jam setiap hari.Rasa sakit akan beransur-ansur berkurangan.
Mintalah seseorang mengurut bahagian bahu,leher dan belakang kamu selama 5 minit.Kemudian diteruskan dengan menekan pangkal tengkorak dengan jari.Tahan selama 1 minit,kemudian lepaskan tekanan perlahan-lahan.
Tekapkan tuala sejuk pada leher.Dan dalam masa yang sama rendamkan kedua-dua tangan di dalam air yang hangat.Cara ini dapat meredakan ketegangan yang terjadi di dalam kepala.
Kekurangan magnesium dalam tubuh boleh menyebabkan seseorang diserang migrain.Jadi,kita perlu perbanyakkan pengambilan bahan makanan yang mengandungi magnesium seperti makanan yang diperbuat daripada gandum,kekacang,soya,makanan laut,pisang dan susu.
No comments:
Post a Comment