KAYU SUGI vs PEMBERUS GIGI...
Jika dahulu,rutin pembersihan mulut dan gigi dilakukan dengan kaedah bersugi.Amalan ini telah lama digunakan memandangkan ia merupakan amalan Rasulullah SAW setiap kali sebelum mengambil wuduk dan biasanya rutin ini hanya dilakukan oleh umat Islam.Jika kita perhatikan,amalan ini masih diteruskan oleh nenek moyang kita.Bersugi secara umumnya memberi faedah dalam membersihkan kotoran yang terdapat pada gigi di samping menyegarkan bau mulut.
Peredaran zaman telah memberi kesan terhadap rutin penjagaan mulut.Jika dahulu,masyarakat lebih senang menggunakan kayu sugi untuk membersihkan gigi dan mulut tetapi hari ini,teknologi telah memperkenalkan pemberus gigi untuk kemudahan kita semua.Bahkan pengenalan berus gigi pada masa kini lebih praktikal memandangkan aktiviti harian masyarakat kita yang agak sibuk.
UBAT GIGI ARANG vs UBAT GIGI...
Suatu ketika dahulu,arang digunakan sebagai bahan untuk memberus gigi.Tradisi memberus gigi menggunakan arang ini lebih sinonim dengan masyarakat India terutamanya mereka yang ingin memutihkan gigi.Arang ditumbuk sehingga lumat sehingga bertukar menjadi serbuk sebelum disapukan pada gigi.
Menyedari proses menghasilkan serbuk arang agak sukar dan memakan masa,lantaran itu ubat gigi diperkenalkan.Hari ini, ubat gigi menjadi pilihan utama dalam rutin penjagaan mulut harian masyarakat kini.
Jika dahulu,ubat gigi hanya diperkenalkan dengan rasa pudina,tetapi ia kini boleh didapati dalam pelbagai jenis perisa.
PENJAGAAN MULUT YANG RAPI..
- Berkumur-kumur dengan pencuci mulut
- Floss gigi
- Membersihkan lidah
- Scaling
No comments:
Post a Comment