Saturday, 18 June 2011
KAITAN TUBUH DENGAN IQ ~
Tahukah kita bahawa tubuh perempuan boleh dijadikan sebagai pengukur terhadap tahap kecerdikan dirinya sendiri??...Itulah fakta yang ditemui oleh para pakar penyelidik dalam satu kajian mereka terhadap kecekapan mental lebih daripada 16000 ribu perempuan.Kajian ini telah menemui bahawa,perempuan yang memiliki tubuh ideal mempunyai impak positif terhadap tahap kecerdikannya.Para pengkaji ini juga menegaskan bahawa,rendahnya nisbah antara pinggang dan pinggul menjadi tanda tingginya tingkat IQ seseorang perempuan.Mereka mengaitkan penemuan tersebut dengan asid lemak omega-3 adalah asid lemak terbaik yang memberi keuntungan yang besar pada tahap kecerdikan seseorang perempuan.Selain itu,ia juga boleh membantu mencegah tubuh dari menghidap penyakit degeneratif dan membantu proses pertumbuhan sel-sel otak janin untuk kecerdasan anak.Antara sumber terbaik bagi asid lemak omega-3 ialah ikan (salmon,tuna,tenggiri), makanan laut (udang,kerang), kekacang dan biji-bijian,sayur-sayuran(bayam,labu,brokoli) dan buah-buahan (labu,betik)...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment