Aprikot merupakan sumber yang baik untuk 'asam lemak' sehingga mampu menurunkan kolesterol dalam tubuh.Buah ini juga kaya dengan vitamin E untuk menjaga kesihatan dan keremajaan kulit serta mengandungi potassium yang mampu mencegah tekanan darah tinggi.
Jenis sayuran seperti brokoli dan lobak sangat baik untuk mencegah kanser serta mengeluarkan racun-racun dari dalam tubuh.Sebaiknya kita mengambil 115 gram sayuran ini setiap hari.Sebenarnya lebih baik lagi kalau dimakan mentah sesudah dicuci agar enzim penting yang ada di dalamnya tetap ada.
Memakan bawang putih yang dimasak ataupun mentah di katakan mampu membantu tubuh melawan sel kanser dan penyakit jantung.Bawang putih boleh menurunkan kadar kolesterol dan punya kesan yang lebih baik dalam melancarkan peredaran darah.
Sebahagian besar variasi kacang kaya dengan mineral terutama kacang brazil.Ini kerana kacang bermanfaat untuk melancarkan pencernaan,sistem kekebalan tubuh,mencegah kanser juga menurunkan kolesterol.
Isi tembikai mengandungi vitamin A, B dan C sedangkan bijinya mengandungi selenium,lemak esensial,zink dan vitamin E.Semuanya baik untuk mencegah radikal bebas dan penuaan dalam tubuh.
Kacang soya mampu membantu menjaga keseimbangan hormon estrogen di dalam tubuh wanita.Kesannya ia boleh melambatkan waktu menopause.Selain itu,kacang soya juga di percayai boleh membantu mencegah penyakit Alzheimer dan osteoporosis.
Biji-bijian mempunyai tingkat antioksidan yang sangat tinggi.Biji-Bijian juga mengandungi kalori yang boleh membuat kita rasa lebih kenyang.
No comments:
Post a Comment