Kita hanya merancang,tetapi Tuhan yang menentukan....mungkin ini takdirnya buat diriku...
Aku selalu berangan-angan akan memiliki kerjaya sebagai akauntan...tapi,siapalah kita untuk melawan takdir yang ditetapkan oleh Allah.Pendidikanku bermula di TADIKA YAYASAN TERENGGANU.Seterusnya,di SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN MAS 2.Masa 2 zaman budak-budak lagi....tahu2 je la,perangai budak-budak macam mana...suka main2 dalam kelas,tak belajar b'sungguh-sungguh.Dan akhirnya,dpt result upsr tp tak lah teruk n tak lah baik sangat...hehe....kata orang,boleh la cukup-cukup makan.Bila di sekolah menengah,aku mula duduk berjauhan dari family.Tak lah jauh sangat tp dalam 1 jam jugak dari rumah nak sampai ke sekolah.Aku bersekolah di SEKOLAH MENENGAH AGAMA SULTAN ISMAIL,DUNGUN.Lepas dapat result upsr 2,ak isi je mana-mana sekolah...aku terima je dapat kat mana-mana pun...tak pernah pn t'fikir bahawa keputusan yang kita buat 2 lah akan menentukan masa depan kita.Tp,aku tak menyesal pun dapat sekolah kat situ...ak banyak mendalami ilmu agama.Aku bersyukur sangat2 kerana aku mendapat didikan yang baik dan sampai sekarang aku masih lagi dapat menjaga batas2 pergaulan.Mungkin ada jugak orang yang kata aku ni berfikiran kolot,tak matured sebab sampai sekarang belum ada pakwe.Tp,perlu ke benda 2 sume????aku rasa boleh je hidup tanpa lelaki.....result aku kat sekolah menengah lebih kurang jugak macam kat sekolah rendah,cukup2 makan je.Lepas exam spm 2,sume sibuk nak isi ipta la,matrikulasi la,maktab la....macam2 la.Aku pulak,isi ipta tp tak dapat pn....hehe...Kadang2 ALLAH tak bagi apa yang kita mahukan,tetapi DIA bagi apa yang kita perlukan.Dan akhirnya,aku dapat tawaran ke KOLEJ MATRIKULASI PERLIS..aku betul2 tak sangka dapat matrikulasi.Ye la,result pun bukannya baik sangat.Aku dapat course accounting.Mula2 takut jugak nak pergi coz macam orang kata,matrik ni laju la,untuk orang bijak2 la....macam2 lah tp Alhamdulillah,aku dapat menamatkan pengajian dengan sebaik mungkin.Dan yang lebih menggembirakan aku,result yang aku dapat lebih kurang je macam result budak2 bijak.Ini semua berkat usaha dan doa.Sejak dari 2,aku mula pegang kata2 ni..KALAU ORANG LAIN BOLEH BUAT,AKU PUN BOLEH BUAT.Honeymoon la aku lps abs matrik 2 sementara nak tunggu result universiti pulak...hehe....excited giler nak sambung ijazah...cepat dari orang lain kan...Sebelum aku masuk matrik 2,aku ada mintak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA)....mintak jadi nurse..temuduga yang first 2,aku gagal...main bantai je cakap pe pun..haha....mana la pernah pergi temuduga.Bila fikir2 balik,kelakar giler masa temuduga yang first 2...dengan gelabahnya lagi,t'ketar-ketar aku jawab soalan yang penemuduga tanya...hahaha.Temuduga yang second pulak,lepas aku abs semester 1 kat matrik...Alhamdulillah,yang 2 ok ckit...lebih relaks.Untuk temuduga yang ke 2 ni,aku dapat result sebagai simpanan je.Ingatkan dah xde peluang nak dapat.Ye la,spe nak tolak tawaran 2...dah la lps abs bljr 2,trus keje ngn kerajaan,i means keje ngn kementerian kesihatan malaysia la..mmg bodoh r spe yang lps peluang 2..Alhamdulillh,aku dapat tawaran 2 setelah sekian lama aku tunggu.Aku dapat tawaran di KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU,JOHOR BAHRU....berhijrah la aku dari perlis ke johor pulak...hehe....dan jugak t'paksa tukar course from accounting to medic la nmpaknya....huhuu....yang merungsingkan aku sekarang,dapat ke aku jalani kehidupan sebagai seorang jururawat...nak kena menghadap darah,jarum,mayat,orang sakit,orang gila n others...aku takut aku tak mampu nak lalui benda 2 sume...kdg2,aku jadi tak yakin pada diri aku sendiri.
dan yang membimbangkan aku jugak,aku takut aku lalai....takut ngn pengaruh keadaan sekeliling...even,aku dah berjaya lalui suasana di perlis tp aku tak yakin yang aku jugak mampu lalui suasana negeri johor...abah selalu pesan,...bila kita mati,kita akan berada dlm kubur sorg2,kita akan jwb soalan munkar dan nakir sorg2...so,walau kat mana pun kita berada,kita kena bawa diri kita sendiri,tak perlu nak ikut orang...Insya-Allah,aku akan pegang nasihat abah 2....so,pe yang aku nak katakan kat sini,kita tak tahu apa nasib kita di masa akan datang...korg ambik contoh diri aku je la...tunggu twrn universiti,tp twrn lain pulak yang dapat...sampai kat sini je coretan aku...
Insya-Allah,.nanti ada masa aku akan citekan SUKA-DUKA SEBAGAI STUDENT NURSING pulak...